Wednesday, February 23, 2011

Rela mati atau potong tangan sendiri..?

Sape yang dah tengok cite 127 Hours angkat tangan! Apa perasaan korang bila dah tengok cite based on true story tue? Fuhh saya pun tak tau apa perasaan yang dapat saya gambarkan, kalau lah saya yang berada kat tempat Aron Ralston tue. Mesti mati akal punya..potong tangan sendiri?? Waaaaaa tak sanggup..!  T_T



Ok, kepada sesapa yang belum tengok movie 127 Hours ni, saya recommendkan kepada anda, silalah tengok ye!

(movie ni lama dah xde la sgt, tahun 2010…tapi saya baru tengok jer! Hee.. ^^)

Filem ini dibintangi oleh James Franco:


Tapi inilah dia hero yang mengalami peristiwa sebenar tersebut :





Kepada sesiapa yang belum nonton movie itu, kisahnya adalah begini ye! Mengenai seorang pendaki gunung (Aron Ralston) yang memotong bahagian bawah lengan kanannya dengan pisau tumpul demi untuk membebaskan dirinya yang tangannya telah tersepit di celah batu besar  selepas kemalangan pada tahun 2003.


Ketika tersepit kerana dihempap oleh batu seberat 800 pound



Semasa pendakian beliau (siang hari) di Blue John Canyon yang berhampiran dengan Moab, Utah, sebiji batu besar seberat 800 pound telah menghempap lengan kanan Ralston yang ketika itu berada di celahan antara dua dinding gunung (pandai2 lah korang imagine: mcm yang dalam gambar atas) sehingga lengannya tersepit di antara dinding gunung itu dan batu. Arggh konpem2 la sakit giler sebab hancur tangan beliau. Nak mintak bantuan ke time tu? Jangan harap la coz Ralston ni tak bagitau kat sesiapa pun mana beliau berada time tue (p/s: nak gi memana jangan lupa inpom kat mak ayah or sesapa la ye!). Setelah 5 hari, 5 hari??? (Eee mati kering haku!) setelah 5 hari Ralston cuba mengangkat dan memecahkan batu  itu, beliau mengalami dehidrasi yang sangat teruk sehingga beliau mengalami halusinasi dan mengigau membengkokkan tangannya itu dan mematahkan tulang jejari dan ulna.

Anda sanggup potong tangan anda begini? Eee menangis!


Dengan menggunakan pisau tumpul yang ada pada alat pelbagai guna (multi-use tool), Ralston memotong tisu2 yang lembut di sekitar tulang lengannya yang patah itu (Ouch, seramnya!). Kemudian beliau menggunakan plier untuk memotong tendon yang agak keras di lengannya yang patah itu. Setelah itu, dengan menggunakan teknik2 pendakian (tourniquet), dengan bersusah payah dan hati yang cekal, Ralston berjaya naik semula ke atas permukaan yang setinggi 75 kaki demi membebaskan dirinya dari tempat yang sempit itu.

Ralston dibesarkan di Colorado dan lulus dengan kepujian dari Carnegie Mellon University pada tahun 1997 dalam bidang mechanical engineering and French (double major). Beliau berpindah ke Aspen pada tahun 2002 dan kembali mendaki ke puncak Colorado yang tingginya melebihi 14 000 kaki. Matlamat beliau telah tercapai setelah mengalami kemalangan ngeri itu. Ralston yang kini menggunakan tangan palsu (prosthetic arm) masih terus mendaki dan merupakan seorang penceramah professional dan telah menubuhkan sebuah organisasi pemuliharaan di Colorado dan Utah.






P/s: kagum tahap gaban ngan semangat dan keberanian Aron Ralston!

0 comments:

Post a Comment