Friday, February 18, 2011

Igauan Ngeri ='(

Aku rasa kelam, sayu, hiba…
Aku baru sahaja tersedar dari igauan ngeri…
Igauan ngeri  yang menyesakkan dadaku…  ='(
Aku bersyukur padamu ya Tuhan, kerana aku masih di beri peluang..
Peluang yang teramat bermakna buatku…
Aku lemah, aku hina, aku mohon segala petunjuk dari mu…
Peluang sentiasa Kau bukakan untuk aku..
Aku masih di beri nikmat yang melimpah ruah..
Yang tak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata…



Perjalananku masih jauh..Terlalu jauh...
Ya Allah, Jauhi aku dari tersesat atau disesatkan...
Permudahkanlah segala urusanku, dunia dan akhirat..

 



Golongkan aku dalam golongan orang-orang yang beriman 
dan sentiasa patuh padaMu ya Allah..
Lindungi aku dari segala kejahatan dan kecelakaan..
Serta lindungi aku dari segala kemungkaran dan kemaksiatan…
Jauhilah aku dari azab seksaanMu.. Ameen

                               Fly Baby Fly!

P/s:  -x reti nak berpuitis-

0 comments:

Post a Comment