Saturday, February 26, 2011

Special Giveaway From Moscow

Salam.. kepada sesiapa yang berminat, jom join giveaway yg di anjurkan oleh Kak Nor..

Saya dapat taw pasal ni pon dari alexa yussida..thanx yer! (^^,)

Macam sewonok jer join benda2 mcm ni, excited nk dpt adiah! hehe..


Gambar hiasan jer! =p




Syarat-syaratnya adalah seperti yang berikut: 
p/s: semua syarat ini adalah ayat2 dari penaja.. i copy n paste jer! ^^

 1.   Peserta mesti mempunyai blog (kalau tidak camana nak tag member   kan?

2.    Anda dijemput menjadi followerhttp://norakhtar.blogspot.com (tiada paksaan)

3.    Post satu entry ttg giveaway ini di dlm blog anda "Special Giveaway from Moscow"
        dan link kpd blog ini ( copy syarat penyertaan dr  no-1 hingga seterusnya)..
        dan kalau rajin letak enty berkaitan di sidebar blog anda..kalau tak rajin..tak payah..
        tak nak paksa..:) 

4.     Tag 5 orang rakan blog anda(nak tag lebih pun takpe) dan pastikan mereka tahu 
        diri mereka telah di tag.

5.    Tinggalkan komen ikhlas anda tentang (1) kebaikan  giveaway dan
       (1) keburukan giveaway di bahagian komen kat bawah ini beserta URL blog anda 
        supaya  senang saya contact.

6.    Giveaway ini bermula petang ini hingga 28 Feb 2011




Orang2 terpilih utk di tag, (padahal ini jer la follower aku yang ada! hahaha..thnx uolls~).......


Wednesday, February 23, 2011

Rela mati atau potong tangan sendiri..?

Sape yang dah tengok cite 127 Hours angkat tangan! Apa perasaan korang bila dah tengok cite based on true story tue? Fuhh saya pun tak tau apa perasaan yang dapat saya gambarkan, kalau lah saya yang berada kat tempat Aron Ralston tue. Mesti mati akal punya..potong tangan sendiri?? Waaaaaa tak sanggup..!  T_T



Ok, kepada sesapa yang belum tengok movie 127 Hours ni, saya recommendkan kepada anda, silalah tengok ye!

(movie ni lama dah xde la sgt, tahun 2010…tapi saya baru tengok jer! Hee.. ^^)

Filem ini dibintangi oleh James Franco:


Tapi inilah dia hero yang mengalami peristiwa sebenar tersebut :





Kepada sesiapa yang belum nonton movie itu, kisahnya adalah begini ye! Mengenai seorang pendaki gunung (Aron Ralston) yang memotong bahagian bawah lengan kanannya dengan pisau tumpul demi untuk membebaskan dirinya yang tangannya telah tersepit di celah batu besar  selepas kemalangan pada tahun 2003.


Ketika tersepit kerana dihempap oleh batu seberat 800 pound



Semasa pendakian beliau (siang hari) di Blue John Canyon yang berhampiran dengan Moab, Utah, sebiji batu besar seberat 800 pound telah menghempap lengan kanan Ralston yang ketika itu berada di celahan antara dua dinding gunung (pandai2 lah korang imagine: mcm yang dalam gambar atas) sehingga lengannya tersepit di antara dinding gunung itu dan batu. Arggh konpem2 la sakit giler sebab hancur tangan beliau. Nak mintak bantuan ke time tu? Jangan harap la coz Ralston ni tak bagitau kat sesiapa pun mana beliau berada time tue (p/s: nak gi memana jangan lupa inpom kat mak ayah or sesapa la ye!). Setelah 5 hari, 5 hari??? (Eee mati kering haku!) setelah 5 hari Ralston cuba mengangkat dan memecahkan batu  itu, beliau mengalami dehidrasi yang sangat teruk sehingga beliau mengalami halusinasi dan mengigau membengkokkan tangannya itu dan mematahkan tulang jejari dan ulna.

Anda sanggup potong tangan anda begini? Eee menangis!


Dengan menggunakan pisau tumpul yang ada pada alat pelbagai guna (multi-use tool), Ralston memotong tisu2 yang lembut di sekitar tulang lengannya yang patah itu (Ouch, seramnya!). Kemudian beliau menggunakan plier untuk memotong tendon yang agak keras di lengannya yang patah itu. Setelah itu, dengan menggunakan teknik2 pendakian (tourniquet), dengan bersusah payah dan hati yang cekal, Ralston berjaya naik semula ke atas permukaan yang setinggi 75 kaki demi membebaskan dirinya dari tempat yang sempit itu.

Ralston dibesarkan di Colorado dan lulus dengan kepujian dari Carnegie Mellon University pada tahun 1997 dalam bidang mechanical engineering and French (double major). Beliau berpindah ke Aspen pada tahun 2002 dan kembali mendaki ke puncak Colorado yang tingginya melebihi 14 000 kaki. Matlamat beliau telah tercapai setelah mengalami kemalangan ngeri itu. Ralston yang kini menggunakan tangan palsu (prosthetic arm) masih terus mendaki dan merupakan seorang penceramah professional dan telah menubuhkan sebuah organisasi pemuliharaan di Colorado dan Utah.






P/s: kagum tahap gaban ngan semangat dan keberanian Aron Ralston!

Alahai..Lucunya!

Hahahahahaha..Ghagagagaa...


Kenapa gelak??!

Ni haa, tengok la gambar2 kat bawah ni...

Lawak btoi! Moh ler kita rehatkan minda sebentar sambil bergelak ketawa...


Tido sampai tergolek jatuh katil

Muka tahan sakit? haha

haha..agak2 la nak bergambar pun makcik! tercekik anak 2 kang..



ala shweet nyer~

ngantok tahap max!

Oops! sensored..

takoooot kemain lai~

jangan makan saya!!!!

wallaa~ manyak macho woo..

Erkk! saya lemas mak!

hihi..nakal tol!


P/s: credit to mediasiber.com (memang best!)



Alahai..Lucunya!

Hahahahahaha..Ghagagagaa...

Kenapa gelak??!

Ni haa, tengok la gambar2 kat bawah ni...

Lawak btoi! Moh ler kita rehatkan minda sebentar sambil bergelak ketawa...


Tido sampai tergolek jatuh katil

Muka tahan sakit? haha

haha..agak2 la nak bergambar pun makcik! tercekik anak 2 kang..



ala shweet nyer~

ngantok tahap max!

Oops! sensored..

takoooot kemain lai~

jangan makan saya!!!!

wallaa~ manyak macho woo..

Erkk! saya lemas mak!

hihi..nakal tol!


P/s: credit to mediasiber.com (memang best!)



FURNITURE CORNER

Salam semua.. Sini ada sikit Furniture preview untuk tatapan anda.. 

Semua ni adalah design2 dari kilang tempat saya intern...

If berminat, boleh la inform kat saya..


Barang direct dari kilang! =)



Tv cabinet yang berkonsep moden :


MODEL: IS BESTA COMBINE CABINET
COLOR: BLACK & PURPLE


MODEL: U-H 888 PLASMA
COLOR: WHITE



MODEL: U-H 889 PLASMA
COLOR: WHITE



MODEL: ECO BESTA COMBINE TV CABINET
COLOR: COCOCINO



MODEL: ZEBRA
COLOR: BLACK & WHITE


PERFECT COMBINATION WARDROBE
COLOR: COFFEE COLOR

P/s: Yang ni memang smart! kemas n banyak barang boleh letak dalam ni..



P/s: Semua ni adalah RUBBERWOOD FURNITURE. Ada banyak lagi model2 lain cantik, menarik, tertarik..! nanti saya add lagi =)



Friday, February 18, 2011

Igauan Ngeri ='(

Aku rasa kelam, sayu, hiba…
Aku baru sahaja tersedar dari igauan ngeri…
Igauan ngeri  yang menyesakkan dadaku…  ='(
Aku bersyukur padamu ya Tuhan, kerana aku masih di beri peluang..
Peluang yang teramat bermakna buatku…
Aku lemah, aku hina, aku mohon segala petunjuk dari mu…
Peluang sentiasa Kau bukakan untuk aku..
Aku masih di beri nikmat yang melimpah ruah..
Yang tak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata…



Perjalananku masih jauh..Terlalu jauh...
Ya Allah, Jauhi aku dari tersesat atau disesatkan...
Permudahkanlah segala urusanku, dunia dan akhirat..

 



Golongkan aku dalam golongan orang-orang yang beriman 
dan sentiasa patuh padaMu ya Allah..
Lindungi aku dari segala kejahatan dan kecelakaan..
Serta lindungi aku dari segala kemungkaran dan kemaksiatan…
Jauhilah aku dari azab seksaanMu.. Ameen

                               Fly Baby Fly!

P/s:  -x reti nak berpuitis-

Tuesday, February 15, 2011

Ingatkah kita pada Rasulullah S.A.W ? (Salam Maulidur Rasul)

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Maulidur Rasul..
Sama-sama kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.. Tapi jangan la hari ni jer kita beria ingat kat Rasulullah taw, hari2 pon kita hendaklah mengamalkan selawat ke atas Nabi S.A.W ni.. Kita mesti nakkan syafaat baginda kan? 


Oleh itu sentiasalah ingat Nabi Muhammad S.A.W, Penyelamat kita di akhirat kelak... ^__^


Saya suka sangat lagu ni : :





Blue HyPpo nak tinggalkan saya :(

Semalam saya dpt tahu yang blue hyppo kesayangan saya lulus interview dan akn bertugas sbg geotechnic engineer kt Penang..So ni berita gembira ke sedih ek? jauh wOoo~ ku gumbira untuknya tp rasa sdey banget dong! 



                                Dis is my Blue hyppo yg gemok dan udoh, lubang idung beso~                  
                                                          hee seb bek dia tataw my blog ^^


Selama ni bila saya perlukan pape pertolongan n ada apa2 masalah, bluehyppo ni la yg dtg menyelamatkan saya mcm superhero sprt Atoman, Batman, Superman... Roger je, secepat mungkin dia akn sampai..saya doakan moga awak maju jaya dlm karier awk... i'm gonna miz u... sob2~ :')

Monday, February 14, 2011

Gulai Labu??

Sepanjang saya menjalani latihan industri banyak yg telah saya pelajari..samaada proses pembuatan perabot, the way how to get the customers (marketing), keje2 office sket..eh lupa plak nk bagitaw yg saya skg ngah praktikal kt sebuah kilang perabot di kawasan industri Sungai Buluh..Kilang ni milik chinese and all the staff at the office are chinese. I'm the only malay working there..But they all nice and I can working well with them..^__^

                On my way to office, sorry coz the pic blur! sbnrnya nk tangkap gambar moto
                              kat depan ni, ada tengkorak besar kt blakang moto nih..Rock!!


So, banyak la jugak cabarannya.. kat area sini tak ada sgt kedai yg jual Halal Food..thats why la hari2 saya kena bawak bekal pergi opis.. Hari ni saya bawak bekal Sayur labu masak gulai lemak kuning + ayam goreng.. malangnya x berapa nk jadi, kuah nya x syantek! haha... selama ni suka sgt mintak mak masakkan sayur labu ni.. ni 1st time la masak sendiri benda nih..upenya agak susah nk kupas kulit labu nih.. baru taw~ cian kat mak..sori mak! huhu...

                                           Ni la gulai labu saya yg x bape menjadi tue..heee sekian! ^^

Wednesday, February 9, 2011

jOm kiTa Gelak~ Keh keh keh ;p

Selamatkan kapak

SEORANG bapa dan anaknya yang masih kecil menaiki sampan di sungai yang sangat dalam dan deras airnya.Mereka baru selesai memotong kayu untuk dijual sebagai punca pendapatan sekeluarga.
  Tiba-tiba sampan mereka terlanggar kayu besar dan karam.Anak dan bapa terhumban ke dalam sungai.
  Bagaimanapun, si bapa segera menyelam dan menyelamatkan kapaknya sebelum berenang ke tebing.
  "Mengapa kau selamatkan kapak, bukan budak tu? "   tanya orang kampung.
  "Bertenang...Kapak aku ni kalau tengelam takkan timbul lagi.Anak aku tu sehari dua lagi timbul la..."katanya.

Rahsianya

ALI : Aku kagum dengan kau.Setiap kali berlumba, kau mesti menang.Apa rahsia kejayaan kau?
AHMAD : Susah...bukan semua orang boleh buat.
ALI : Apa dia?
Ahmad : Jangan bagi tahu orang.Sebenarnya setiap kali aku lari aku bayangkan aku dikejar isteri pertama aku.

Hebat

Dua orang budak sedang menceritakan tentang kehebatan ayah masing-masing.
AMIN : Ayah aku adalah yang terhebat.
ZUL : Apa buktinya?
AMIN : Tembok Besar China tu ayah akulah yang bina.
ZUL : Itu tak sehebat ayah aku. Kau tahu Laut Mati?
AMIN : Tahu.
ZUL : Ayah akulah yang bunuhnya.
AMIN : Oooooooooo...............

Banyak dosa

Suatu hari seorang kanak-kanak berusia lingkungan enam tahun terkejut melihat ada beberapa helai uban di celah-celah rambutnya.
  Dalam keadaan hairan kanak-kanak itu bertanya :"Mak...kenapa ada uban atas kepala emak ?".
  Jawab emaknya,"Memanglah begitu..setiap kali anak-anak melukakan hati emaknya, sehelai rambut emak akan berubah menjadi warna putih.Kalau banyak rambut emak yang putih, itu tandanya kamu banyak melawan cakap emakselama ini."
  Kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa itu berkerut-kerut mukanya memikirkan sesuatu.
  Dia kemudiannya bersuara perlahan :"Kalau macam tu, emak lagi banyak melawan cakap opah....!"

Wahahahaha....klako nyeeerr!! ~ ~



Friday, February 4, 2011

SENYUM TAK PERLU KATA APA2~ ^____________^

Senyum seindah suria, yang membawa cahaya...
Senyum lah dari hati, dunia mu berseri...
SENyum~ ~ kepada semua~ ~ (lbey kurang la..heee)

Sapa yang x pernah dengar lagu ni? tipu la sapa yang tataw kan, coz lagu ni dah berkurun dah, sejak saya zaman kecik2 ag..saya jamin yg lagu ni da jadi hafalan sume org dah..kalo x igt sume lirik, igt sket sekerat dua pn jadilah kn.. ^^

Dan bagaimana pula ngan lirik lagu ni??

You smile I smile
Hey hey hey
You smile I smile
I smile I smile I smile
You smile I smile
Make me smile baby ~~ 

Saya yakin, ramai yg taw lagu Justin Bieber ni kn? 

Bagaimana pula yg nie???

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit~~

Haaa ini lagu hangat kat radio nih...lagu yang ceria!

Nak dijadikan cerita, ada satu hari tue, saya pegi MAHA (program agro tani besar-besaran kat malaysia, bertempat di MAEPS, Serdang)..x igt da Hall bape n bOoth apa (yg pasti booth kraftangan)..kat booth tu ada sorang mak cik yg pandai baca krateria diri orang lain berdasarkan susunan bunga yg dipilih (kraftangan yg dijual tue).. Saya xmo citer la hal org lain kn, antara kriteria diri saya yg mak cik tue ckp, "sy ni penyedih orangnya"..huk2.. yeke???? hee yela kowt.. sedih2 nie x elok kn, gelak sakan sgt pn x elok jugak, oleh itu bersederhana lah kita~

Tapi senyum, ceria...sume ni adalah elemen yg dpt menyihatkan tubuh dan sesuatu yg baik dan bagus lah! hehe...




Ada 15 fakta menarik yg ingin saya kongsi ngan anda :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat.  Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.


6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormo 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .



9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah... jangan senyum sinis dah lah ye! tu tak baik taw, dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak, cukup sekedar nya sahaja ook..?!  (^_~)